Thursday, August 28, 2008

KEWAJIPAN BERTUDUNG

Kewujudan orang yang bertudung masih berbuat dosa bukanlah alasan untuk tinggalkan kewajipan memakai tudung . Memakai Tudung adalah satu kewajipan di dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama daripada keempat- empat mazhab yang muktabar iaitu Imam Syafie.Imam Malik,Imam Hanafi dan Imam Hambali. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An- Nur.

Seseorang itu boleh bertudung, tetapi masih melanggar aturan bertudung seperti memakai pakaian ketat atau mendedahkan anggota tubuh yang lain . Ulama daripada keempat-empat mazhab yang muktabar ini juga bersepakat bahawa minimum anggota tubuh yang perlu dihijab (tutup) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan . Bagaimana bentuk atau fesyen bagi menutup tubuh, terserah kepada keadaan dan budaya asalkan ia memenuhi syarat bertudung. *Sila rujuk syarat-syarat bertudung yang sempurna dalam buku Halal dan Haram Dalam Islam oleh Ulamak Kotemperori iaitu Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Meninggalkan kewajipan bertudung adalah berdosa. Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai tudung pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama . Allah swt berfirman yang bermaksud"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (air dan makanan syurga)daripada orang-orang kafir. (Iaitu)Mereka yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan kehidupan telah menipu mereka...."(Al-A 'araad:50-51) . Bagaimanapun, bertudung adalah salah satu kewajiban bagi perempuan yang muslimah . Tetapi bertudung atau tidak bertudung semata-mata tidak menjamin seorang itu masuk syurga atau neraka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab(qadhad an qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah dia kedalamnya. Dan sesungguhnya salahseorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarakantaranya dan antara neraka melainkan sehasta , kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli syurga , maka masuklah dia kedalamnya." (RiwayatAl-Bukha ri dan Muslim).Jika seseorang itu hanya sentiasa menjaga akhlak serta hatinya daripada sifat-sifat keji , tetapi meninggalkan kewajipan untuk memakai tudung, ia akan mendapat pahala bagi kebaikan yang ia lakukan dan mendapat dosa kerana meninggalkan kewajiapan bertudung dan kewajipan lain, jika ada.

Di akhirat nanti , kita semua akan dihisab oleh Allah atas seluruh apa yang kita lakukan didunia . Jika seorang wanita bertudung,tetapi dosa-dosanya yang lain memberatkan timbangan dosa , ia tetap akan dicampakkan ke neraka dan wanita yang tidak berhijab walaupun berdosa, tetapi amal kebajikannya lebih berat daripada dosa, ia akan dimasukan ke syurga. Hakikat ini boleh diperlajari dari hadis Rasulullah saw yang menceritakan seorang pelacur dimasukkan syurga kerana memberikankan air kepada seekor anjing yang sedang kehausan . Bagaimanapun, mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak sedar bahawa keengganannya untuk memakai tudung menunjukkan kewujudan unsur-unsur tidak baik dalam hatinya . Hakikatnya seseorangitu tidak mahu bertudung, memberi petanda bahawa dalam hatinya ada keingkaran dan tidak reda terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh Allah . Serta ada kelemahan dihati untuk melawan rasa malu dan kehedak nafsu untuk berhias atau egodiri .

Kewujudan wanita yang berhijab , tetapi melakukan dosa-dosa lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajipan bertudung atas alasan "yang penting hati mahu baik". Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajipan agama . Setiap kita haruslah mengetahui apakah kewajipan- kewajipan agama yang perlu ditunaikan dan berusaha untukmenunaikannya tanpa melihat perbuatan atau kecacatan orang lain kerana kita dihisab oleh Allah swt atas perbuatan kita sendiri bukan atas perbuatan orang lain. Allah berfirman, "Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperolehi(pahala atau dosa) melainkan apa yangdiusahakannya." (An-Naj:39).

Bagi wanita-wanita yang memakai tudung dan dikatakan sedemikian, hendaklah bersabar , berusaha memuhasabah diri atas kritikan yang dibuat dan tidak pula menghukum wanita yang mengatakan sedemikian dengan kafir , jahil dan cercaan lain. Allah mengajar umat Islam dalam firmannya, "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik," (Al-Furqan:63)

*Wanita-wanita yang memakai tudung hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka,tetapi tidak pula menjadikan amalan bertudunga satu alasan untuk memandang rendah wanita lain(yang tidak memakai tudung) kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagiandaripa da penyakit hati.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home